RM12000 mesti dapat punye....

Saturday, 18 June 2011

Usop Wilcha jadi deejay????

Usop Wilcha bakal menjadi deejay?

Dengar cerita dan khabar berita, Usop Wilcha bakal dilamar/tawaran oleh stesen radio Hot FM untuk menjadi deejay/penyampai di sana. Usop Wilcha memang seorang pelawak yang segera, lahir dari filem adaptasi seram jenaka. Rasanya penampilan Usop Wilcha kalau kat radio sebagai deejay pasti sangat dinanti-nantikan para peminatnya. Cuma Usop Wilcha belum lagi 'confirm' kan berita ini. Kalau betul, memang rating Hot FM bakal meletup lagi.

Usop Wilcha kalau diudara macamana erk? mesti pecah perut juga ni gelak nya. Rezeki Usop Wilcha dapat tawaran seperti itu. Semoga Usop Wilcha terus sukses dalam bidang pelawakkan. Kami support anda untuk HKLBK 2.. hehe...

 

Kad undangan Noh & Mizz Nina

kad undangan Noh, Mizz Nina - Kimono

Pertunangan Noh HUJAN, 27, dan Mizz Nina, 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan. Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja. Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

kad undangan pakaian Jepun, Kimono, suka seni Jepun

 

Siape mirip artis barat????undi cepat.......

undi 3 artis terbaik mirip artis barat!

Sudah lama admin tak post entry mengenai undian kan, sekali sekala kita undi best juga. Kali ini untuk 3 artis yang seakan-akan mirip artis barat. Diantaranya Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan juga Ziana Zain. Nak tahu siapa diantara mereka lebih korang sukai, undi lah dibawah.. Hehe.

1. Ning Baizura a.k.a Tony Braxton



2. Dayang a.k.a Beyonce



3. Ziana Zain a.k.a Jlo


 

DJ radio ERA diragut sampai mati?


Eik, biar betul cerita ni sampai terjadinya kes kematian berlaku melibatkan selebriti. Apatah lagi melibatkan nama besar radio Era dimana deejaynya diragut sehinggakan begitu. Deejay yang dimaksudkan melihat gambar ini adalah Feeya yang terkenal tue di Era. Memang berita ni belum mendapat liputan yang meluas disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sebab ini semua hanya propa jer jah-jah. Feeya rupanya berlakon untuk drama Kasih Alia yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tengok gambar macam real kan, dah teknologi sekarang ni, len la zaman dahulu, pakai sos, ngeh2..

 

Gambar Siti Saleha

gambar Siti Saleha yang cantik

Kenal Siti Saleha ni ker.? Ala pelako untuk drama Nora Elana tue ha, kat TV3 selalunya petang main. Pelakon baru ni merupakan adik kepada Sam Bunkface, umurnya sahaja baru masuk 19 tahun. Orangnya kelihatan cantik dan ayu, kalau dah ada kekasih baguslah, kalau belum, nanti ramai lah kaki miang tue kuar. Hehe. Kiranya ramai dah selebriti baru muda-muda yang dilahirkan buat masa ni. Baguslah, ada juga pelapis kan, biasala, nanti ada juga yang bosan kalau itu-itu je yang berlakon. :) -gambar Maestro Photography


 

Subhanallah, Syam Kamikaze terima hidayah

Subhanallah, Syam Kamikaze terima hidayah

Syukur Alhamdulillah Subhannallah, itulah satu-satunya lafaz yang indah untuk kita ucapkan atas seorang selebriti penyanyi rock yang mendapat hidayah Allah. Baru-baru ini Dr. Ust. Asri (mentor) telah menjemput Syam Kamikaze untuk memberikan ucapan/pengalaman beliau kepada jemaah ketika itu. Syam ni bekas pensyarah juga taw tapi dah signout. Hehe. Siapa sangka hidayah Allah itu dimana-mana sahaja. Ramai artis yang dah mendekatkan diri kepada Allah tahun ni kan. Baguslah. Kita lihatlah video sekitar 12 minit ni untuk menjadi renungan bersama. :)


Jozan,Sepah,Nabil, & Jambu finalis Maharaja Lawak


Maharaja Lawak: Sepah, Jozan, Nabil & Jambu Layak Ke Final

Sepah memang hebat. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila melihat persembahan mereka minggu ini. Sentiasa konsisten dengan lawak-lawak Melayu mereka, sekali lagi Sepah tidak menghampakan jutaan peminat mereka. Berdasarkan persembahan minggu ini, Abang Nara rankingkan Sepah nombor 1, diikuti oleh Jozan, Nabil, Jambu dan R2.
Hanya R2 sahaja yang tidak layak ke final minggu hadapan. Pada mulanya Jambu turut terkeluar tetapi pihak juri menggunakan immuniti untuk memasukkan kembali Jambu sekaligus memastikan kelibat Jambu di final. Bagi Abang Nara, lawak Jambu setiap minggu semakin kureng. Mungkin lawak yang sama diulang-ulang berkali-kali kot.
Layankan lagi video persembahan Maharaja Lawak minggu 12 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa pun, orang Johor memang sporting dan meriah habis.
Sepah part II
Jozan part I
Nabil part I
Jambu part I
R2 part I
Nabil part II
Jozan part II
R2 part II
Jambu part II